PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN LUBUK BATU

Buletin


view:  full / summary

Pertukaran Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korperat

Posted on April 29, 2015 at 12:30 PM Comments comments (1)

Assalamualaikum,


Adalah dimaklumkan bahawa saya SULAIMAN B. YUSOF Pengurus Bahagian HEK PPK Lubuk Batu akan bertukar ke PPK Asun berkuatkuasa 5 Mei 2015. Sehubungan dengan itu saya juga selaku pengendali kepada Website ini mengucapkan terima kasih diatas sambutan dan sumbangan idea diatas pembangunan website ini yang diujudkan diatas inisiatif sendiri sejak 4 tahun dahulu khusus untuk memberi sedikit sebanyak maklumat dan makluman kepada semua pihak yang sudi berkunjung berkaitan dengan PPK Lubuk Batu.


Mohon maaf diatas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang mengendalikan website ini dan saya berharap kepada pegawai yang mengambil alih tugas dapat meneruskan aktiviti ini dengan lebih baik dan berkesan.


Sekian terima kasih.

TAKZIAH

Posted on February 9, 2014 at 7:05 PM Comments comments (1)

Alfatihah....kembalinya ke Rahmatullah Tuan Haji Md Zain b. Lebai Ahmad, ahli PPKLB no 0247 daripada Unit Kota Mengkuang pada 9 Februari 2014.

Allahyarham adalah merupakan diantara ahli terawal di PPK Lubuk Batu yang aktif dan banyak menyumbang kepada kejayaan PPK. Pernah menjawat jawatan Ahli Jemaah Pengarah satu ketika dulu dan merupakan ahli yang aktif dalam aktiviti pertanian terutama estet padi.

Semuga ALLAH mencucuri Rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Warga PPK Lubuk Batu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Karnival Pertanian & Industri Asas Tani Parlimen Kubang Pasu.

Posted on February 23, 2013 at 10:40 PM Comments comments (2)

Napoh 23 Feb. 2013

Karnival Pertanian & Industri Asas Tani Parlimen Kubang Pasu telah diadakan pada 21 hingga 23 Februari bertempat di Pusat Usahawan KEDA Napoh, Daerah Kubang Pasu.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato' Mohd Johari b. Baharom, Timbalan Menteri Pertanian Dan Inustri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu pada sebelah malam 22/2/2013.


Berbagai acara berbentuk pameran daripada agensi-agensi dan jabatan dibawah Kementerian Pertanian telah diadakan. Tidak lupa penyertaan hampir 30 booth perniagaan oleh usahawan-usahawan tani dan wanita yang menjual dan mempamerkan pelbagai produk keuaran mereka. Acara-acara sampingan juga telah diadakan untuk menarik kehadiran pengunjung yang diadakan pada sebelah siang dan malam sepanjang 3 hari karnival tersebut diadakan.


Di majlis perasmian tersebut juga telah disampaikan 'replika cek' pelbagai peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan melalui jabatan dan agensinya yang beroperasi di kawasan Parlimen Kubang Pasu dan disampaikan sendiri oleh YB Dato' Mohd Johari b. Baharom.

Aktiviti Usahawan sempena 'Hari Bertemu Pelanggan LPP Kedah 2013'

Posted on February 12, 2013 at 7:40 PM Comments comments (3)



Alor Setar 12 Februari 2013.

Buat kali keduanya PPK Lubuk Batu telah dijemput untuk sama-sama menyertai program 'Hari Bertemu Pelanggan' yang dianjurkan oleh LPP Kedah bertempat di perkarangan bangunan KWSP-Peladang, Alor Setar. PPK Lubuk Batu untuk peringkat awal telah mengenengahkan usahawan daripada Kumpulan Peladang Nita untuk mengambil bahagian. Disamping menjual dan memperkenalkan hasil tani masing-masing, para usahawan tani ini juga berpeluang bertukar-tukar fikiran sesama rakan usahawan lain daripada PPK yang mengambil bahagian. Usaha pihak penganjur menyelitkan aktiviti ini sangatlah baik dan harus dipertingkatkan lagi dimasa akan datang. 'Buletin' mencadangkan supaya promosi jualan ini diperluaskan lagi ke semua Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berhampiran bangunan KWSP-Peladang agar lebih ramai lagi usahawan boleh mengambil bahagian dan jualan dapat dipertingkatkan.

Penyertaan Program "My Beutiful Malaysia"

Posted on February 3, 2013 at 10:35 PM Comments comments (1)


Kepala Batas, 3/2/2013

Program "My Beutiful Malaysia" telah dilancarkan secara serentak di seluruh negara oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 3/2/2013. Tidak ketinggalan daerah Kubang Pasu juga telah menganjurkan program yang sama pada hari tersebut. PPK Lubuk Batu telah turut sama menyertai secara aktif program tersebut di Pekan Kepala Batas, iaitu diantara 3 zon yang telah ditetapkan di Daerah Kubang Pasu. Acara yang disertai oleh hampir semua Agensi Kerajaan dan Swasta serta badan-badan pendidikan dan orang awam telah melakukan kerja-kerja gotong royong kebersihan, mengecat disekitar Pekan Kepala Batas termasuk kawasan Masjid dan aset awam.  Program ini menanamkan kesan-kesan positif kepada rakyat Malaysia supaya cintakan kebersihan dan kecantikan dipersekitaran kehidupan kita sehari-hari.

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Posted on January 27, 2013 at 2:05 AM Comments comments (5)



Jitra -25 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kubang Pasu telah diadakan pada 24 Januari 2013 bertempat di Pusat Dakwah Kubang Pasu, Jitra. PPK Lubuk Batu telah terlibat sama mengambil bahagian dalam perarakan bermula daripada Stadium Mini Jitra ke Pusat Dakwah dimana acara sambutan diadakan. Kira-kira hampir 15 orang yang terdiri daripada Jemaah Pengarah, Kakitangan dan ahli PPK turut mengambil bahagian mewakili PPKLB. Tetamu kehormat majlis adalah YB. Dato' Mohd Johari b. Baharom, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asastani Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu. Diantara acara yang disusun adalah bacaan ayat suci Al-Quran, ceramah MaulidurRasul serta penyampaian anugerah Tokoh MaulidurRasul Peringkat Parlimen Kubang Pasu.

AL-FATIHAH

Posted on January 22, 2013 at 9:05 PM Comments comments (5)



21 Januari 2013.

PPK Lubuk Batu kehilangan seorang Ahli Jemaah Pengarah iaitu Allahyarham Encik Abd Razak b. Sharif yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ahad 20/01/2013 di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Kampong Kota Mengkuang, Mukim Pelubang, Jitra. Allahyarham selain memegang jawatan AJP PPK Lubuk Batu juga merupakan Ketua Unit Kota Mengkuang. Dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa komited kepada semua aktiviti PPK dan sering mengetuai sebarang majlis berbentuk keagamaan di PPK dan masyarakat setempat.

Seluruh warga PPK mengucapkan salam TAKZIAH kepada keluarga beliau dan di Doa kan semuga ALLAH menempatkan beliau dikalangan orang yang terpilih dan beriman..

Selamat Tahun Baru 2013

Posted on December 31, 2012 at 8:45 PM Comments comments (1)


Kami warga kerja PPK Lubuk Batu mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013M kepada semua Ahli Jemaah Pengarah, Pemimpin Peladang peringkat Unit, Ahli-ahli Peladang keseluruhannya, kepimpinan PPN dan NAFAS, barisan anggota LPP Negeri dan Ibupejabat dan tidak lupa kepada semua pihak yang berjalan seiring dengan pergerakan PP, Jabatan Kerajaan dan Swasta dan seluruh rakyat Malaysia, semuga tahun baru yang bakal ditempuhi ini akan memberikan kita satu motivasi yang tinggi kearah mempertingkatkan apa jua pencapaian yang diimpikan dan semuga ALLAH memberkati apa jua benda baik yang kita laksanakan dan dikurniakan kehidupan yang aman damai dan sejahtera. Aminnn...!!

Lawatan Sambil Belajar PPK Merlimau, Melaka ke PPK Lubuk Batu.

Posted on December 24, 2012 at 11:00 AM Comments comments (3)

PPK Lubuk Batu 23 Disember 2012.

PPK Lubuk Batu teah menerima kunjungan ziarah daripada rakan-rakan ahli peladang PPK Merlimau, Melaka. Lawatan singkat ke PPKLB adalah merupakan siri lawatan sambil belajar ahli dan pemimpin peladang PPK Merlimau ke Negeri-Negeri sebelah utara semenanjung. Dalam majlis yang serba sederhana di PPKLB, parapelawat telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh PPKLB serta bertukar-tukar pandangan diatas pengalaman antara 2 buah PPK. PPK Merlimau telah diketuai oleh Tuan Haji Puzi b. Ismail selaku Pengurus Besar. Diantara perkara yang menarik minat para tetamu adalah perancangan PPKLB untuk menjadi pengeluar makanan ikan terulung dikalangan PP dan berharap ahli-ahli PPK Merlimau juga akan mendapat menafaat daripada pengujudan projek ini. PPKLB mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian PPK Merlimau berkunjung ziarah ke PPK Lubuk Batu.



Perhimpunan Peladang Negeri Kedah bersama YAB Perdana Menteri Kedah.

Posted on October 31, 2012 at 10:55 PM Comments comments (2)


Pantai Merdeka 31 Oktober 2012.

Masyarakat Peladang seluruh negeri Kedah berasa sangat bertuah kerana dapat berjumpa dan mendengar amanat daripada pemimpin nombor 1 negara iaitu YAB Dato' Seri Mohd Najib b. Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia. Majlis gilang gemilang yang telah disusun dengan begitu teliti oleh PPN Negeri Kedah diadakan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda Kedah. PPK Lubuk Batu telah terlibat mengahantar lebih daripada 50 orang ahli menaiki sebuah bas dan kenderaan persendirian untuk sama-sama memeriahkan majlis. Majlis yang telah menghimpunkan hampir 30,000 ahli peladang, penternak dan nelayan juga dihadiri oleh para pemimpin peringkat Kementerian Pertanian, pemimpin masyarakat, pemimpin peladang dan seluruh warga negeri Kedah yang berkesempatan.



Penggemblengan Peladang


Rss_feed