PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN LUBUK BATU

FAQ

Pengenalan Pertubuhan Peladang

Pengurusan Unit Peladang

Yayasan Pelajaran Peladang

KUMPULAN WANG PINJAMAN PERTUBUHAN PELADANG (K3P)

KONSEP KOR TANI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP)

Permohonan Keahlian

  1. Apakah syarat menjadi ahli PPK

    • Berumur 18 tahun dan ke atas
    • Warganegara Malaysia
    • Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
    • Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau
    • Mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau
    • Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pertanian dan ternakan
  2. Bagaimana Proses Untuk Menjadi Ahli PPK

    • Mengunjungi PPK di kawasan anda
    • Mendapatkan borang permohonan menjadi ahli
    • Mengisi borang
    • Mengemukakan borang kepada PPK
    • Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan saham sebagaimana ditetapkan mengikut Perlembagaan PPK
    • Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK
    • Sijil atau kad keahlian dikeluarkan
    • Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli
    • Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada Pendaftar dalam masa 14 hari.  Pendaftar akan membuat pertimbangan samada menerima atau menolak
    • Sekiranya rayuan ditolak segala pembayaran akan dikembalikan semula.
Back to top

Pengenalan Pertubuhan Peladang

  1. Akta 109

    Akta Pertubuhan Peladang 109 ( pdf )

  2. Apakah itu PP

    PP yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang ( Akta 109 ) ialah badan korporat yang sah disisi undang – undang dan mempunyai lembaga pengarah yang dipilih oleh ahli – ahlinya. PP disusun mengikut tiga peringkat : peringkat kawasan, negeri dan kebangsaan. PP di peringkat negeri berada di tahap kedua dan PP di peringkat kebangsaan berada di tahap ketiga. Mengikut akta 109, perwujudan PP adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli – ahlinya melalui penglibatan langsung dalam menjalankan aktiviti yang diperlukan bagi mencapai objektif. Aktiviti tersebut termasuk :

    • Menyediakan khidmat pengembangan dan kemudahan latihan untuk menyiapkan peladang dengan teknologi ke arah kemajuan agrikultur, hortikultur, penternakan, ekonomi rumahtangga, perniagaantani dan lain – lain usaha komersil;
    • Meningkatkan pengeluaran pertanian daripada kalangan peladang dan pekebun kecil bagi menggalakkan perkembangan yang lebih meluas serta mengkomersilan pertanian dan memajukan perniagaan tani;
    • Memberi khidmat keperluan ladang, kejenteraan ladang, kemudahan kredit dan meningkatkan pelaburan dalam pertanian dan ekonomi, kemudahan tabungan luar Bandar, pemasaran, gudang penyimpanan dan khidmat pengeringan, kemudahan pengangkutan dan pemprosesan hasil pertanian;
    • Memberi kemudahan modal permulaan dan meningkatkan pelaburan di kalangan peladang melalui ekuiti penyertaan dalam penerokaan perniagaan tani dan pengkomersilan;
    • Membantu ahli dalam pengambilan tanah dan pelaksanaan projek pembangunan tersebut;
    • Menggalakkan dan merangsangkan kumpulan bertindak melalui projek komuniti dan membantu pembangunan kepimpinan;
    • Memberi khidmat sosial, pendidikan dan kemudahan rekreasi bagi meningkatkan pembangunan sosial dan kebajikan keluarga peladang.


  3. Struktur Carta PP

    Struktur Pergerakan PP Tiga Peringkat



  4. Tafsiran LOGO PP.

    Perkataan PELADANG berwarna merah tua bermaksud Peladang Kebangsaan atau "National Farmers"Lingkungan warna merah tua melambangkan perpaduan perjuangan ahli-ahli14 garis tegak berwarna kuning keemasan melambangkan 13 negeri dan persekutuan.Biji-biji padi berwarna kuning keemasan melambangkan penghasilan yang lumayan.Dua tangan warna hijau tua melambangkan perusahaan pertanian.Warna latarbelakang warna putih melambangkan kesucian dan kemurnian.KOD WARNA

    Merah Tua (Maroon) - Y60, M100, B60Hijau - Y80, C100, B60Emas - Special Gold

Back to top

Pengurusan Unit Peladang

  1. Bagaimanakah Kaedah Pengurusan Unit Peladang

    Kaedah Pentadbir Dan Mengurus Unit Peladang

Back to top

Lembaga Pertubuhan Peladang

  1. Apakah kursus yang ditawarkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang?

    • Program Teknologi TernakanProgram
    • Teknologi Tanaman
    • Program Teknologi Ternak Air
    • Program Perniagaan
    • Program Pengurusan Organisasi
  2. Siapakah kumpulan sasar bagi peserta kursus yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang?

    Lembaga Pertubuhan Peladang menganjurkan kursus adalah untuk semua peladang yang telah berdaftar sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan.

  3. Bagaimanakah memohon kursus di Lembaga Pertubuhan Peladang?

    Permohonan kursus adalah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan  dan tuan/puan adalah dipohon untuk menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan  yang berdekatan.    

  4. Apakah Institut Pengurusan Peladang?

    nstitut Pengurusan Peladang (IPP) ialah pusat latihan yang memberikan perkhidmatan sewaan kepada agensi-agensi luar samada awam ataupun swasta untuk menganjurkan kursus. Selain itu IPP juga memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dalam bentuk kemudahan seperti penginapan, makan/minum, dewan kuliah dan bilik-bilik bengkel untuk mengadakan Program Latihan Kursus kepada agensi awam/swasta ataupun Majlis Kemasyarakatan contohnya kenduri dan sebagainya kepada orang awam.

  5. Dimanakah lokasi Institut Pengurusan Peladang?

    Terdapat 5 buah pusat Latihan Institut Pengurusan Peladang (IPP) iaitu di:-    

    1. Institut Pengurusan Peladang (IPP) Langkawi, Kedah.
    2. Institut Pengurusan Peladang (IPP) Sungai Petani, Kedah.
    3. Institut Pengurusan Peladang (IPP) Rompin, Pahang.
    4. Institut Pengurusan Peladang (IPP) Johor Bahru, Johor.
    5. Institut Pengurusan Peladang (IPP) Machang, Kelantan.
  6. Bagaimana Institut Pengurusan Peladang (IPP) boleh dihubungi?

    Tempahan bagi menggunakan kemudahan di IPP boleh dibuat samada secara faksimili, surat atau telefon atau datang sendiri ke IPP seperti alamat di bawah:-

    • Institut Pengurusan Peladang Langkawi

                 Lot 571, Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah Langkawi, Kedah.

                 Tel: 04-9668590, Faks:04-9668591


    • Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani,

                  Lot 1401, Bakar Arang, Peti Surat 81, 08000 Sungai Petani,

                 Kedah.

                 Tel: 04-4213100, Faks:04-4210054


    • Institut Pengurusan Peladang Rompin,

                 Lot 1785, Sungai Puteri, Peti Surat 27, 26800 Kuala Rompin,  

                 Pahang.

                 Tel: 09-4146221, Faks:09-4147150


    • Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru,

                  KM 11.6, Jalan Pandan, Karung Berkunci 745, 80990 Johor

                  Bahru, Johor.

                  Tel: 07-3542710, Faks:07-3562604


    • Institut Pengurusan Peladang Machang,

                 KM 37, Jalan Kuala Krai, Bukit Belah Labok, 18500 Machang,

                 Kelantan.

                 Tel: 09-9752340, Faks:09-9751942


     





Back to top

Yayasan Pelajaran Peladang

  1. Apa itu YPP

    Yayasan Pelajaran Peladang (YPP) telah didaftarkan pada 23 Mei 1995 oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang sebagai satu kaedah dibawah Perkara 49 (xv) Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung NAFAS pada 20 Disember 1994.

  2. Tujuan Penubuhan

    Tujuan penubuhan YPP ialah untuk menggalak, mendidik, memaju dan membantu dalam kemajuan pelajaran rakyat Malaysia amnya dan anak-anak peladang khususnya. YPP juga menubuhkan dan menyenggara biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan lain-lain bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dan anak-anak peladang khususnya bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.

  3. Aktiviti YPP

    YPP juga menjalankan segala kegiatan yang difikirkan perlu dan sesuai untuk menambahkan peluang pelajaran kepada rakyat Malaysia dan anak-anak peladang serta mengadakan lain-lain aktiviti di masa hadapan yang difikirkan sesuai bagi mempertingkatkan pencapaian ilmu dan kemahiran mereka.

    Antara aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Pelajaran Peladang ialah program anak angkat, Hadiah Kecemerlangan Pelajaran, Anugerah Perdana YPP, pinjaman pendidikan dan program motivasi anak-anak peladang. Kesemua aktiviti ini adalah melibatkan semua Pertubuhan Peladang diseluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan KADA kecuali bagi program anak angkat yang hanya melibatkan beberapa Pertubuhan Peladang Kawasan.

Back to top

KUMPULAN WANG PINJAMAN PERTUBUHAN PELADANG (K3P)

  1. Apa itu ( K3P )

    Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P) merupakan Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang pada asalnya dikenali sebagai Akaun Kumpulan Modal Pusingan Pembangunan Pertubuhan Peladang.

    Kumpulan Wang ini merangkumi kesemua bayaran balik pokok pinjaman, bayaran perkhidmatan, bayaran memproses serta segala penerimaan wang untuk LPP dan lain-lain bayaran berkaitan yang telah dan akan diperolehi daripada projek-projek dan aktiviti-aktiviti komersial yang dibiayai dalam bentuk pinjaman daripada K3P termasuklah kewangan yang diperuntukkan oleh Lembaga bagi tujuan modal pusingan projek-projek pembangunan Pertubuhan Peladang (PP) dan syarikat-syarikat milik penuh PP.


  2. Tujuan Pembiayaan

    Tujuan pembiayaan pinjaman K3P adalah untuk membiayai projek-projek pembangunan PP yang berdaya maju tetapi tidak memenuhi syarat kelayakan mendapat pinjaman dari bank komersial. Pinjaman K3P juga membantu mempercepatkan usaha memajukan kegiatan PP dan syarikat-syarikat milik penuh PP bagi menjadikan Pertubuhan Peladang sebagai institusi perniagaan dan pusat ekonomi di luar Bandar.

  3. Dasar Pinjaman

    Dasar pinjaman K3P adalah menyediakan kemudahan pinjaman mudah jangka pendek dan sederhana yang tidak memerlukan cagaran. Diantara projek dan aktiviti ekonomi Pertubuhan Peladang dan syarikat-syarikat milik penuh PP yang boleh dibiayai melalui pinjaman K3P ialah pemasaran padi, mini estet padi, pemasaran kelapa sawit, perniagaan input pertanian dan projek-projek pertanian lain yang boleh memberi manfaat kepada ahli Pertubuhan Peladang. Jumlah maksimum pinjaman yang dibenarkan adalah 80% daripada kos projek.

Back to top

KONSEP KOR TANI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

  1. Latar Belakang

    Penubuhan Kor Tani adalah cetusan idea daripada YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia YB Dato’ Noh Hj. Omar semasa Mesyuarat Post Kabinet. Beliau mahukan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diberi satu imej yang baru dari segi kekuatan dan ketrampilan dalam keberkesanan penyampaian dasar-dasar kerajaan khususnya dalam memajukan bidang pertanian. Oleh itu, Agensi di bawah Kementerian diberi tanggungjawab menubuhkan Kor Tani di setiap Jabatan dan Agensi.

  2. Objektif KOR TANI

    Di antara objektif tersebut ialah:

    1. Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan kumpulan-kumpulan sasar dan usahawan.

    2. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian dengan menggunakan sains dan teknologi moden

    3. Membentuk satu pasukan pertanian yang mempunyai jato diri dan mempunyai ketrmpilan sebagai penyampai misi dan visi Kementerian sesuai dengan slogan “Pertanian adalah Perniagaan”.

    4.  Bertindak sebagai agen penerangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memberi penerangan kepada rakyat peranan Kementerian dan kerajaan kearah pembangunan pertanian.

  3. Konsep KOR TANI

    Dalam melaksanakan Kor Tani ini, beberapa aspek penting diambil kira iaitu:

    a) Berpandukan Rukun Negara dan Dasar Pertanian Negara.

    b) Penyertaan yang menyeluruh melibatkan lelaki dan wanita dari berbagai kaum.

    c) Keanggotaan Kor Tani ini adalah dibuka kepada Pengeluar / Usahawan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun.

    d) Disarankan ahli-ahli adalah merangkumi peserta-peserta Pasar Tani, usahawan-usahawan Industri Kecil Sederhana, golongan siswazah yang terlibat dalam bidang Pengeluar/Pemasaran, Peladang, Penternak serta peserta-peserta ladang kontrak.

    e) Jangka masa latihan selama satu (1) minggu untuk fasa pertama secara berpusat.

    f) Jangkaan pelaksanaan tahun 2011.

    g) Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan asrama hendaklah disediakan dan khidmat Jurulatih.

    h) Mempunyai kurikulum yang tersendiri.

    i) Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan cirri-ciri lain yang difikirkan sesuai.

    j) Arah tuju dan tindakan selanjutnya mengenai Kor Tani akan diambil berasaskan kepada kehendak dan pendekatan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Back to top

MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP)

  1. Apa itu MPPP

    Dengan prinsip 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di semua 222 kawasan parlimen bagi mengukuhkan perlaksanaan pembangunan industri pertanian negara hingga ke akar umbi dan meningkatkan pendapatan petani serta mengurangkan kadar kemiskinan.

  2. Matlamat

    Matlamat utama penubuhan MPPP adalah untuk mendapatkan idea-idea berhubung perlaksanaan projek pertanian di kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia ada. Disamping itu juga, mengenalpasti permasalahan yang timbul di peringkat Parlimen mengenai pertanian, memaklumkan kepada semua pihak akan peluang-peluang perniagaan dalam sektor pertanian dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan serta sebagai forum untuk perbincangan memperkasakan pembangunan industri pertanian negara. Kerajaan telah melantik wakil-wakil masyarakat setempat sebagai pemimpin dan Pengerusi MPPP yang dilantik adalah sebagai wakil kepada Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani dalam program menyelaras pembangunan pertanian di setiap kawasan. Pada peringkat awal sebanyak RM 100 000 akan diperuntukkan untuk MPPP dan diagihkan melalui empat agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang akan bertindak sebagai urusetia bagi setiap kawasan Parlimen.

    Walaubagaimanapun semua peruntukan hanya diluluskan dengan persetujuan Penngerusi MPPP. Agensi urusetia untuk MPPP ialah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi Semenanjung dan Sabah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai peneraju di Sarawak, TEKUN NASIONAL bagi kawasan Parlimen di bandar-bandar utama dan KADA serta MADA bagi kawasan Parlimen dibawahnya.

    Pengerusi MPPP dan anggotanya bertanggungjawab untuk mengenalpasti projek-projek yang sesuai dibangunkan di kawasan Parlimen berkenaan dan menyalurkan bantuan yang perlu serta membantu meningkatkan produktiviti pertanian dalam negara.

     

Back to top