PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN LUBUK BATU

Mek Mulong

 

MEK  MULONG merupakan satu bentuk persembahan drama muzik teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah Darul Aman. Yang berasal dari Kampung Wang Tepus, Tanah Merah, Jitra jauhnya kampung ini  kira-kira 24 kilometer dari Pekan Jitra.

Nama 'Mek Mulong' sebenarnya wujud daripada maksud 'Mek Mulong' itu sendiri dan perkataan 'Mek' datangnya daripada gelaran atau panggilan pada anak-anak gadis manakala perkataan 'Mulong' pula datangnya daripada nama tempat dimana bermulanya persembahan ini.

Maka terbentuklah nama Mek Mulong itu dan nama ini dikekalkan sehingga hari ini di mana Mek Mulong merupakan satu persembahan tradisi yang hanya boleh dimainkan oleh cucu cicit pemain asalnya.

Dahulu Mek Mulong dipersembahkan dengan penuh adat ritual dan ada pantang larangnyayang tersendiri. Kini Mek Mulong dipersembahkan hanya untuk hiburan semata-mata

 

Sejarah Kota Mengkuang

Misteri kota-kota yang hilang
Tarikh : Friday, March 09 @ 07:05:40 PST
Topik : Bahan Umum


Oleh Naim Firdausi - 19.6.2006
reupload by anaianai

Sebuah bukit ditebuk untuk membina tempat perlindungan Raja Ligor (Khalifah Syarif Abu bakar Syah)) selepas Nakhon Si Thammarat diserang tentera Burma.

SEBIDANG tanah lot 628 di Kota Mengkuang, Kedah menyaksikan beberapa nesan lama kelihatan patah dan berserakan di kawasan semak.

Kebanyakan penduduk setempat menganggap kawasan itu sekadar tanah perkuburan biasa tanpa menyedari wujudnya kota istana yang tidak pernah dicatat dalam buku sejarah, di kawasan itu, suatu ketika dulu.

Kota itu adalah Kota Mengkuang dan istana di lokasi itu dikenali sebagai Istana Kota Mengkuang. Kini, tapak istana itu musnah akibat pembinaan jalan raya dan kegiatan kuari tanah. Bukti yang tinggal bagi mengakui kewujudan kota dan istana itu hanyalah beberapa saksi di kalangan orang lama.

Antaranya adalah Bakar Sulaiman, 90, dari Kampung Tanjung Nyor yang mengakui kewujudan istana itu dan turut mendakwa bahawa kesan kota itu sebenarnya masih ada dan kedudukannya tersorok.

“Istana Kota Mengkuang dianggap istimewa kerana ia dibina di dalam bukit dan berkubu tanah, sungai, paya dan hutan tebal,” katanya.

Nai Jamaludin Nai Raoh 69, dari Kampung Kota Mengkuang pula mendakwa beliau pernah melihat Istana Kota Mengkuang pada zaman kanak-kanak, tetapi sayangnya istana itu dirobohkan untuk membina jalan raya.

Muhammad Zain Ahmad, 69, dari kampung sama, berkata selepas 1957, projek pembinaan jalan raya dari Kampung Ban Nai ke Bukit Wang dilakukan merentasi pintu masuk istana Kota Mengkuang sekali gus memusnahkan struktur kota itu.

“Jalan raya Kota Mengkuang dibina selepas merdeka. Kerajaan memberi bantuan kepada petani dengan mengupah mereka membina jalan raya itu dengan kadar upah RM5 sehari. Apa yang masih menjadi tanda tanya hingga hari ini adalah mengapa pembinaan jalan raya itu perlu memusnahkan istana berkenaan?” katanya.

Selain itu, beliau berkata, tapak sebenar makam Datuk Maharaja Khadi Jalil ialah di Kota Mengkuang tetapi ada pihak yang memindahkannya ke Tanjung Pauh akibat berlakunya kegiatan pemujaan makam yang berleluasa.

Zain berkata, Istana Kota Mengkuang seperti yang diceritakan orang dulu, dibina tentera selama seminggu dengan menebuk bukit. Kota Mengkuang dibina di sekitar istana itu dan raja yang bersemayam di situ ialah seorang raja Siam Islam.

“Terdapat padang dikenali sebagai padang perang iaitu medan pertandingan bagi beradu kekuatan untuk memilih jawatan panglima. Sekeliling padang perang ditanam pokok mengkuang sebagai kubu.

“Selepas merdeka, kerabat Diraja Kedah seperti Tengku Endut dan Tengku Aisyah sering mengunjungi kampung Kota Mengkuang dan tidur di rumah penghulu Nai Raoh. Sebelum kunjungan, penduduk kampung akan diarah penghulu memburu kijang dan pelanduk untuk santapan kerabat diraja,” katanya.

Pengkaji sejarah, Tengku Nai Long Kasim Tengku Nai Long Ahmad, berkata nama Kota Mengkuang atau 'Meang Kuang' berasal daripada bahasa Siam yang bermaksud negara luas.

Kota itu adalah antara kota istana yang tidak dicatat dalam mana-mana buku sejarah. Masyarakat dan Raja Kota Mengkuang ketika itu beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Siam.

Istana Kota Mengkuang memiliki tujuh bilik tidak termasuk bilik tetamu dan dapur. Di kiri istana menempatkan makam diraja dan di hadapannya pula adalah sungai Wang Tepus.

Di istana itulah dipercayai bersemayam Raja Ligor ketika Na Khong Si Thammarat diserang dan ditawan tentera Aluang Paya Buddha Burma pada penghujung abad ke-17.

Nai Long Kasim berkata, Raja Ligor ialah kekanda kepada permaisuri Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin dan pada 1821, seluruh kerabat diraja Kota Mengkuang dibunuh tentera Rama II Chakri Sokho Thai.

“Sebuah makam yang dikenali penduduk tempatan sebagai Keramat Tok Jame di Kg Padang luar juga berasal daripada sebutan bahasa Siam yang bermaksud berpisahnya bonda. Tok Jame ialah permaisuri Raja Ligor yang turut dibunuh pada 1821.

“Selain Istana Kota Mengkuang, banyak lagi kesan kota lama di Kedah yang tidak dicatat dalam sejarah antaranya Kota Aur, Kota Pinang Tunggal, Kota Raja Kuala Ruman dan Kota Burha Padang Kerbau,” katanya.


pRj9cEWAzzY

 

Restoran Bunga Naga

Sebuah restoran yang menyajikan makanan melayu tradisional yang cukup istimewa kerana digarap dengan menggunakan buah naga @ pitaya sebagai daya tarikan. Terletak diatas bukit dengan suasana hijau yang cukup menyamankan  di alamat Lot 1076, Kampong Lubuk Batu, Jalan Wang tepus, Jitra. Diusahakan oleh Pn. Rohaya sekeluarga yang juga merupakan ahli PPK.